Alhamdulillah..

final exam dah tamat! habis kul 5.15 petang tadi. moga semua subjek lulus cemerlang amiin..
sekarang fikir nak kemas barang..nak cari kotak..nak settle kan tentang short course yang akan diambil pada musim cuti ni..tak dapat balik rumah lagi (hmm..sabar2 dah lama tak balik rumah ni) teringin nak jadi anak solehah yang menjalankan tanggungjawab dengan baik,moga tercapai amiin..

haritu ada pinjam buku di library, buku tentang motivasi diri, banyak sampai 4 buah buku aku pinjam(excited nak mantapkan diri dalam berkomunikasi). sebelum ni,tak terlintas pun,hanya menadah tangan berdoa sahaja supaya diberi kepandaian dalam bersosial tapi tak terfikir pula nak pinjam buku komunikasi ni,alhamdulillah doa termakbul ni Allah dah bagi jalan (dapat ilham untuk pinjam buku).

aku ni pandai melayan orang yang sekapala je,orang cakap aku ni ramah orangnya tapi masalahnya aku tak geti nak bergaul dengan orang yang tak sekepala atau yang bila kita cakap, dia jawab sepatah je seolah-olah tak berminat untuk berbual panjang dengan kita. jadi aku rasa kekok nak bercakap dan tiada keyakinan diri, dengan pensyarah pun aku tak geti nak berbasi-basi senyap gitu je,rasa segan nak bercakap tapi sampai bila nak begini, dengan saudara mara pun aku tak pandai sangat nak bercakap.apela.. aku cemburu tengok classmate yang pandai ambil hati lecturer,riang wajah lecturer dibuatnya.

ada sekali tu lepas habis dari kelas makmal,lecturer jalan depan aku,aku teringin nak bertegur sapa borak-borak dengan lecturer tapi aku tak geti ungkapan apa yang perlu aku katakan,sudah separuh perjalanan,lecturer pusing belakang pandang aku,aku pun pandang lecturer dengan muka yang tak bapa nak senyum,senyum sikit (yela hati tengah gusar nak bersapa tapi tak dapat-dapat nak sapanya..hai..) main pandang-pandang je la, ish! dan ada juga lecturer aku yang mengajar semester yang dulu-dulu,bila terserempak aku bagi salam dan senyuman meleret je,lecturer pun cakap aku ni tak ubah senyap je dari dulu..senang cerita,lecturer yang tanya soalan dulu kat aku untuk mulakan perbualan..huuhuhu sadis aku.

memandangkan umur aku dah meningkat dewasa dan tua,baru aku faham kenapa kita kena hormat dan kena pandai ambil hati orang tua. Sebab apa yang aku rasa dari pengalaman aku bersama di kalangan adik-adik (classmate and roomate aku ramai yang lebih muda dari aku),aku rasakan aku suka dilayani, jika mereka pandai bersembang dengan aku sudah cukup membuatkan aku bahagia.

jadi aku rasa pentingnya komunikasi itu dalam perhubungan,dalam membahagiakan orang dan dalam membantu atau menasihati orang, kerana kita semua berbeza-beza dari segi umur,pandangan, dan cara pemikiran. tak gitu??

tak sempat nak baca mana,baru baca sikit (mana nak sempatnya,dengan nak study,dengan sukanya main internet, dengan sukanya buang masa huhu) so dah habis final exam ni bolehla sambung baca,baca yang mana sempat sebab tarikh pulang buku 11/5 ni. nanti mula short course 18/5 boleh pinjam lagi insyaAllah hehe.



buku-buku yang dipinjam ada 4 je selain tu buku sendiri dan asas fardhu ain tu roomate nye.
buku yang menanti untuk dibaca.. buku-buku ni aku letak atas katil berhampiran bantal,tidur dengan buku..bacanya belum tahu lagi bila haha.insyaAllah tengah ada masa ni baca ye hidayah ye,



8/5/2009
-3.05pagi-

Ulasan

Brilliant Marjan berkata…
Salam dik..btl, kita mmg perlu bljr ilmu b'komunikasi ni..pa2 kita kena amalkn..mcm ilmu2 len jg.akk pn xok sgt ngn sedara2 akk tp akk wt yg t'mampu jer..try 2 be da best tuk diri sndiri dlm b'muamalah dgn org..lgpn kt xleh nk puaskn ati sume org..

tp yg pntg mke kena manis & senyum cz tu wt org senang nk rapat ngn kita..tp pape pn bia kt mulakn dl smile & lafaz salam..bkn pd pahala sj, tp tuk kita biasakn beramah & b'bual dgn org lg2 dgn org baru knl..best tau..kita leh tgk dia hepy n kita hepy..

tp klu org tu xbls jgn kecewa cz itu ujian jer..jgn putus asa k..

pe yg adik da wt 2, ok la..
Hidayah berkata…
wslm.time ksh kak sudi kongsi petua :) insyaAllah saya cube usaha n kuatkn diri.
Tanpa Nama berkata…
saya cuma 24 tahun..
panggillah apa shj selagi maknanya baik..
=)

Catatan popular daripada blog ini

Pertandingan Hafazan Al-Quran