peringatan tuk diri

hari tu hari yg sedih sangat
lepas balik dari mendengar tazkirah
tazkirah semalam tentang ikhlas dalam beramal...
tak kira apa pun perkara yg kita buat
ikhlas kerana Allah
setiap perkara yang kita buat
mesti atau nak atau mahu
paling lengkap ketiga2 perkara tu harus ada
aku mesti buat,aku nak buat,aku mahu buat
terasa diri ni banyaknya dosa
tak henti ku beristigfar
setiap istigfar setiap tu berjujuran air mata
masa makan nasi pun aku masih terasa sedih
ingatkan dapat kurangkan kesedihan,perut memang lapar
tetapi..
setiap suapan aku terasa rahmat Allah
mengalir air mata lagi..
aku banyak dosa, Allah tetap memberi nikmat makanan kepadaku
aku tak layak makan,makanan dari pemberian dari-MU Allah
manisnya betik..
sedapnya daging..
aku banyak dosa
alhamdulillah terima kasih Allah
isk..isk..ku tak dapat menahan air mata
makan ku kali ini tak selancar seperti biasa
perlahan-lahan aku makan dan berhenti seketika
tangan menyapu air mata
hingus dah mengalir
aku bangun aku ambil sapu tangan
menghilangkan hingusku
sambung makan..kesedihan tetap membelenggu
habis makan baca doa
basuh tangan..basuh muka
pandang cermin, mataku bengkak
sungguh aku suka diriku menangis mengenang kesilapanku
aku nak nikmat menangis setiap hari
dah lama aku tak rasa nikmat menangis
dengan menangis aku dapat semangat baru dalam menjalani kehidupan
dengan bimbingan Allah,itu yang aku harapkan
penah kucuba menangis dulu ketika berdoa setelah ku membaca tentang kekuatan air mata yang takut pada Allah dapat menghalang diri dari masuk api neraka,amat susah nak nangis ketika itu
aku susah nangis,apa dah jadi pada diriku,ku cuba kenang saat ku dapat menangis dulu untuk buat diriku mengangis,tapi tak dapat juga,hati ku dah keras kah? banyak dosa kah aku?
memang banyak dosa tapi napa tak boleh nangis?
aku sedih tak dapat nangis disaat aku nak air mata ku mengalir,
tapi hanya bergenang je tak mengalir seperti yang kuinginkan
sehingga bila doa menyebut ibu ayah, barulah air mata berjujuran mengalir
aku tak berpuas hati, kerana nangis ku itu tak dimulakan berkaitan aku dengan Allah
ya Allah, ampunilah aku. bimbingilah aku dengan rahmat dan petunjuk-Mu.
selamatkan aku didunia dan diakhirat dengan rahmat-MU. amiin..

p/s ; tazkirah yg lalu bertajuk hiburan sejati,
penceramh berpesan
jangan tak dengar tazkirah selama 3 hari
kerana hati kita perlu pengisian, roh kita nak pengisian
lau fizikal tubuh badan kita nak makan dan minum untuk menjamin kesihatan
tapi roh kita nak tazkirah
tazkirah itu banyak, sama ada membaca al-quran dan tafsir,nasyid, dengar ceramah di radio ke,berzikir, atau membaca buku ilmiah agama
itulah hiburan orang yg beriman..
kalau hati kita tak suka dengan hiburan sejati ini
cuba cek balik diri kita, ada masalah yg kena betulkan
muhasabah bersama.



(post bertarikh 21/3/2009)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pertandingan Hafazan Al-Quran

Puisi yang menyentuh jiwa apatah lagi dilagukan..dan tips membuang pemikiran negatif