Bismillah. Alhamdulillah, aku telah berjaya menggapai 101 impianku dibawah ini yang telah ditulis pada tahun 2013 dan diupgrade pada tahun 2015 :
  1.  Aku sentiasa dapat mempraktikkan ilmu IMKK dengan bertindak pantas dan bersungguh2.
  2.  Aku hari ini lebih baik dari semalam, lebih rajin, lebih bersemangat, urus diri dengan masa, fokus, mempunyai sifat positif dan sabar yg tinggi, tidak merungut, tidak suka marah, dan merendah diri.
  3.  Aku meninggal dunia dalam keadaan telah menyucikan diri, pada hari Jumaat di kala sujud menghadapMU.
  4.  Aku telah membuat side income RM5k sebulan pada tahun 2016. 
  5.  Aku sentiasa dapat berada dalam "circle of genius"
  6. Aku sentiasa dapat konsisten dengan matlamat yang jelas dan fokus.
  7. Aku telah touch 1juta dalam 10tahun.
  8. Aku  adalah karektor no.5 peningkatan dan no.6 penyumbang.
  9. Aku adalah hamba Allah yg solehah, ibadahku hidupku matiku kerana Allah.(anak,wanita ,isteri solehah yg menunaikan perkara wajib dan berakhlak mulia)
  10. Aku sentiasa senyum dengan mudah dan ikhlas.
  11. Aku dapat membayar segala hutang2 dengan Allah dalam masa terdekat.
  12. Aku mensyukuri segala nikmat yg Allah berikan, dan semoga dijauhkan dari sifat kufur.
  13. Aku menghargai insan2 yg hadir dalam hidupku juga masyarakat,menyayangi dan menunjukkan kasih sayangku kepada mereka.
  14. Aku memberi kebahagiaan buat ibu dan ayahku, apa sahaja perkara yg membahagiakan dan mensejahterakan mereka.
  15. Aku dapat mengamalkan solat sunat dhuha dan solat tahajjud setiap hari juga amalan2 para solihin dengan penuh rasa kemanisan ibadat.
  16. Aku bersedeqah setiap hari dengan duit dan diri untuk memberi manfaat pada orang.
  17. Aku dapat mendalami ilmu tajwid,bertalaqi al-quran.
  18. Aku dapat khatam al-quran secara bertalaqi dengan guru bersanad.
  19.  Aku dapat belajar bahasa arab, dan dapat praktikkan dalam kehidupan.
  20. Aku dapat belajar agama di sekolah pondok, dapat mendalami ilmu quran dan hadith, sirah, feqah, mantik.
  21. Aku dapat habiskan stok tshirt muslimah pada bulan ini 3/2013. Baki 37 helai je lagi.
  22. Aku dapat kerja penolong pegawai farmasi di Hospital swasta berdekatan dalam bulan ini 3/2013.
  23. Aku dapat ulangkaji pelajaran farmasi dalam tempoh seminggu untuk temuduga dan pekerjaanku.
  24. Aku melakukan tugas pekerjaan dengan berkomitmen,baik dan ikhlas.
  25. Aku dapat set up mesin bisnes affiliate secepat mungkin,dan dipermudahkan urusan.
  26. Aku dapat mengemas kinikan sistem niaga sedia ada di eshophidayah.blogspot.com, dan website.
  27. Aku menelaah dan mempraktikkan ebook2 yg dibeli.
  28. Aku dapat buat dropship produk2 yg berpotensi laku keras secepat mungkin.
  29. Aku dapat menguruskan kewangan sedia ada dengan baik.
  30.  Aku dapat pulangkan semula semua barang pinjaman orang, dapat jumpa 1 barang yg tak tahu di mana.
  31. Aku dapat membayar hutang PTPTN secepat mungkin dalam masa 3 tahun.
  32. Aku telah belajar tarannum.
  33. Aku telah mengakhiri  status bujangku pada tahun 2015 dengan jodohku yg beriman,soleh,dapat membawaku ke arah bahagia dunia dan akhirat.
  34. Mendapat anak yg soleh,solehah,sihat, juga anak kembar dua yg sihat, berjaya dunia dan akhirat.
  35. Aku dapat menyusukan semua anakku selama 2 tahun.
  36. Aku mempunyai  keluarga yg bahagia, mawaddah warahmah, begitu juga hubunganku dengan sanak saudara menjadi lebih baik dari dahulu.
  37. Aku dapat menggaji pekerja, hinggakan aku tidak perlu kuat bekerja, dapat lebih masa untuk bersama keluarga tersayang.
  38. Aku mempunyai syarikat sendiri
  39. Aku mempunyai produk sendiri yg sangat memberi nilai pada orang.
  40. Aku melopori perindustrian makanan halal seperti mee, bebola ikan, daging dan makanan yg biasa orang cina buat, semuanya brand HIDAYAH BAROKAH.
  41. Aku mempunyai rumah ekslusif design , ada bilik solat, bilik perpustakaan, ada kolam renang yg tertutup, ada taman mini-bunyi air, ada bilik studio rakaman suara.
  42. Aku pandai berenang, dapat sesi coaching free.
  43. Aku mahir bawa kereta.
  44. Aku pandai main gitar, dapat sesi coaching free.
  45. Aku pandai menjahit, dapat sesi coaching free.
  46. Aku dapat buat gathering dengan saudara mara, sahabat2 sekolah hingga sekarang dengan masakanku sendiri.
  47. Aku mempunyai camera canggih Nikon dan pandai photography, dapat sesi coaching free.
  48. Aku pandai buat graphic design dengan photoshop, dapat sesi coaching free.
  49. Aku pandai buat rakaman video, dan video editing, dapat sesi coaching free.
  50. Aku dapat tiket free hadiri seminar penulisan.
  51. Aku dapat menghadiri seminar pelaburan pada tahun 2014.
  52. Aku mempunyai akauntan peribadi.
  53. Aku mempunyai aset pelaburan tanah,rumah,logam yg berjuta.
  54. Aku  berjaya menghafal al-quran 30 juzuk pada tahun 2023 dan bertadabbur, ada guru peribadi.
  55. Aku membuka pusat pengajian quran,tahfiz dan tarannum.
  56. Aku membuka pusat kebajikan anak yatim.
  57. Aku membuka pusat kebajikan/perlindungan/pemulihan golongan yang memerlukan.
  58. Aku membuka pusat rawatan Islam secara percuma kepada masyarakat.
  59. Aku membuka klinik percuma dan bantuan rawatan bagi yg memerlukan.
  60. Aku membuka klinik haiwan percuma untuk haiwan yg terbiar.
  61. Aku membuka pusat kebajikan kucing terbiar.
  62. Aku dan keluarga melancong habis 1 malaysia.
  63. Aku dan keluarga melancong ke luar Negara yg terpilih- dimulakan dengan umrah.
  64. Aku dapat menunaikan umrah bersama keluarga pada tahun 2016. 
  65. Aku menunaikan zakat.
  66. Aku mengerjakan haji pada tahun 2018 atau lebih awal lagi.
  67. Aku dapat menziarahi makam nabi.
  68. Aku dapat menziarahi tempat2 bersejarah di mekah dan madinah.
  69. Aku dapat beribadat di masjidil haram, madinah, aqsa, dan di raudhah.
  70. Aku menziarahi perkuburan baqi, ahli keluarga dan para sahabat nabi.
  71. Aku mempunyai MENTOR YG TERBUKTI BERJAYA dari semua bidang, agama, perniagaan, pelaburan, perkara yg diminati.
  72. Aku mempunyai insurans keluarga.
  73. Aku dapat buat semua aktiviti lasak yg pernah aku idamkan dulu.
  74. Aku pandai menunggang kuda.
  75. Aku pandai memanah.
  76. Aku pandai silat cekak hanafi/seni pertahanan diri.
  77. Aku dapat membuat seminar perniagaan.
  78. Aku dapat belajar ilmu psykologi.
  79. Aku membuka pusat consultantcy/kaunseling.
  80. Aku menjadi motivator/inspirasi ummah seperti ikon2 yg disenangi ramai seperti prof.muhaya,juga ikon jutawan muslim.
  81. Aku memberi dana pada badan2 kebajikan.
  82. Aku membuka sekolah pondok.
  83. Aku berkhidmat dan istiqamah dalam perjuangan Islam.
  84. Aku dapat mati syahid, husnulkhotimah atau hidup mulia dengan Islam.
  85. Aku mempunyai ebook/buku penghasilan sendiri.
  86. Aku mempunyai video coaching mengenai produk jualan penghasilan sendiri.
  87. Aku mempunyai guru fitness peribadi untuk keluarga.
  88. Aku dan suami dapat sama2 buat semua aktiviti kesukaan kami.
  89. Aku dan suami dapat mendidik anak2 dengan baik, didikan agama bermula dari kecil.
  90. Anak2ku menjadi insan yg menyumbang pada ummah, berjaya dunia dan akhirat.
  91. Anak2ku hafiz quran, memahami dan mengamal isi al-Quran.
  92. Aku dan keluarga pergi pusat spa 2 kali dalam seminggu.
  93. Aku pandai main alat muzik nasyid seperti darbuka,kompang, dapat sesi coaching free.
  94. Anak2 mewarisi harta dengan bersyarat dan kemampuan yg terbukti.
  95. Aku membuka masjid/surau.
  96. Aku membiayai pelajar yg tidak berkemampuan untuk menyambung belajar dari segi tercicir atau kewangan dengan nama YAYASAN ….
  97. Aku mengembangkan perniagaan ke peringkat cawangan seluruh Malaysia dan Luar Negara.
  98. Aku telah berjaya mendapatkan berat badan yg ideal.
  99. Aku melakukan exercise,bersenam,jogging 3x seminggu di taman, senam naik turun tangga hari2 di rumah.
  100. Aku dapat menjaga pemakanan, diet seimbang, banyak minum air lebih 8 gelas sehari.
  101. Aku sentiasa dapat peluang baik berterusan dalam meningkatkan diri dari seigi rohani dan hal dunia, dan dapat praktikkan pada diri.
  102. Aku dapat mengajak sekurang-kurangnya seorang non-muslim untuk memeluk agama Islam.
  103. Aku dapat belajar perbandingan agama.
  104.  Aku selalu melawat/bertanya khabar sahabat2,saudara2,jiran,bekas anak-anak muridku dan adik2ku.
  105. Aku melibatkan diri dalam pusat dakwah muallaf,bantu dan belajar ilmu dakwah.
  106. Aku bercuti dan snorkeling n diving di laut mcm ni dgn insan2 tersyg dgn gembiranya dan syukurnya >> https://www.facebook.com/photo.php?fbid=495762980488712&set=a.118700254861655.16796.116223495109331&type=1&theater 
  107. Aku telah ada maid di rumah.
Mana yang dah palang garis tu impian dah capai.
Semoga makbul impianku dan impian semua kawan2 IMKK
Amin....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pertandingan Hafazan Al-Quran