nape tibe malas membace pulak ni..

assalamualaikum wbt, pembuka bicara,
bismillahirrahmaanirrahim, pemula lakaran,
lakaran berkisar diri disapa angin malas membaca,
selalunya minat sahaja membaca lakaran2 blog orang,
pelik rasanya malam ini walhal lakaran cerita pendek juga,yang panjang apatah lagi,
besar kemungkinan diri ini bakal menduduki peperiksaan 23hb ini,
kegusaran melanda jiwa, mengenangkan diri belum bersiap sempurna,
fikiran tiada tumpuan..

hilang sudah rasa membaca, bertandang kembali ke blog peribadi,
melakarkan kisah diri, menceritakan pada yang sudi,
mata sempat melirik, blog peribadi sudah diikuti seorang pembaca,
siapakah yang melanggan blogku ini?
kenalkah dia pada diriku, atau baru sahaja mengenaliku?

mohon maaf dipinta, andai diri pernah mengguris hatimu duhai pembaca,
duhai kenalan rakan taulan sahabat seperjuangan,
diri ini manusia biasa yang ingin memperbaiki dirinya,
dalam mencapai matlamat hidup diredhaiNYA,
harapan moga diri ini sentiasa disayangi kalian,
moga digurau sayang dirajuk sayang ditegur sayang,
moga diri dalam iringan doamu
salam sayang buat semua, moga dalam rahmatNYA.
.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pertandingan Hafazan Al-Quran

Puisi yang menyentuh jiwa apatah lagi dilagukan..dan tips membuang pemikiran negatif