mencari sinaran cahaya

bermulanya sem baru.
sekarang hidupku menempuh ujian kesuraman
lama dah..dah 2 tahun lebih dalam kegagalan akademik
zaman kesuraman.
ni sem ke-6 sepatutnya menjadi sem terakhir buatku tetapi itu tidak menjadi kenyataan
malah sukar untuk dijangkakan.
aku takut.
aku gelisah tak dapat menamatkan diplomaku.
memang ada silapnya dalam diri aku yang perlu selalu aku pertingkatkan.
inilah peluang terakhir buat diri.
apakah yang harus aku lakukan.

cara belajar amat berbeza.
bagaimana cara belajar aku yang dulu dan sekarang.
dulu, akulah top student di pra-sains (uitm kuala pilah,negeri sembilan, menempatkan kos pra-sains sahaja, uitm paling kecil dan comel..kenangan)
pelajar pra tak la ramai mana. ada dalam 100 lebih rasanya.
izinkan aku bergembira sebentar, aku bukan nak berlagak, tapi hanya bercerita. membakarkan semangatku mungkin. waktu tu, aku adalah pelajar yang memiliki carry mark paling tinggi dalam subjek kimia. tak cukup 1 markah je lagi untuk dapat fullmark. masa tu, bila jalan dalam kampus, siap dengar orang belakang cakap.. "dia tu la budak top kimia.." itu yang aku dengar, yang aku tak dengar? ntah apa lagi ye.. boleh kata terkenal aku masa tu. dalam kelas aku lagila..tak senang aku..rasa semuanya yang aku buat diperhatikan orang.. best student dalam kelas masa tu..banyak jugak paper aku dapat markah 100% takpun 90 lebih..aku selalu menyandang markah paling highest dalam kelas. kimia dan math adalah subjek selalu dapat markah tinggi. biologi dan fizik jatuh ke ranking kedua..tapi still dapat A..80 ke atas.. dan english ranking ketiga hee aku lemah sikit english..akhirnya dapat gred B..first time dalam hidup aku dapat english B..selalu gred lagi rendah dari tu ( aku masuk tuisyen english, thats why ada peningkatan-harap maklum). aku pelajar yang tak campur semua orang (bukan sombong,tapi agak pendiam..sebab aku ni memang pasif, dalam usaha nak berubah), mungkin sebab aku asik bekepit dengan bestfriend aku yang satu. dia ni suka gelak, asal tengok muka aku je gelak..padahal tak buat apapun. aku memang seorang kelakar dulu tapi skang tak,sifat humour dah hilang atas sebab tertentu. aku dengan dia memang ngam. dalam kelas tak sah lau tak bergurau cari pasal dengan dia. sampai dengar la jugak suara ter'over' kami dalam kelas,sampai lecturer pun perasan.. (tadi kata pendiam? hmm aku tak jadi pendiam kalau dengan orang yang ngam dengan aku,boleh gamat suasana)

aku dengan bestfriend aku berbeza.
dia study hard. aku study smart hehe. takla. aku kira aku ada kelebihan luar biasa yang tak ada pada dia. dia duduk kat meja study tak bergerak..dia boleh duduk sampai 4 jam straight buat latih tubi math dan fizik (subject yang dia lemah) .. aku? baru 5 minit dah bangun dari kerusi study, gi masuk bilik, buat apa benda ntah, pastu duduk balik, bangun balik. aku jenis tak boleh duduk lama..mesti rasa nak bangun. fokus aku sekejap je pada pelajaran. pastu tak boleh fokus. nak kene jalan2.
aku tak perlu susah-susah study
aku hadam dalam kelas, lau tak faham pun, aku boleh faham sendiri bila study balik apa yang diajarkan, bila balik kolej aku solat ngaji makan borak tidur.
aku jenis tak jumpa cikgu (sekolah) atau lecturer (universiti) dan bukan jenis study group
meja study aku..lengang.. digunakan untuk menyiapkan assingment dan ulangkaji bila esoknya ada test. ini zaman paling gemilang dalam sejarah akademik aku. ujian keceriaan dalam hidupku.

apa bezanya bila aku naik taraf ke diploma.
cara pengajaran lecturer tidak sama.
lecturer pra lebih prihatin, lalu mengajar dengan kaedah yang mudah faham dan bagi semua apa yang ada.
lecturer diploma lebih ke arah nak mematangkan pelajar, kaedah susah dan tak bagi semua sebab kefahaman terletak kepada usaha pelajar dalam memahami. jadi kena rajin jumpa lecturer,rajin pergi library cari maklumat dan semuanya kena rajin.. tahap ijazah? lagi la kena rajin kan.
ini semuanya dah tahukan? tak yah la citer panjang2.

aku mempergunakan kelebihan aku tu. aku study last minute boleh dapat A.
aku tak perlu susah-susah berusaha.
selepas aku masuk diploma, aku jumpa orang yang lagi granted dari aku. bayangkan masa dengar lecture,telinga sebelah boleh dengar music (pasang earphone) ? mana satu nak dengarkan ? tapi dia boleh je fokus.. hebat hebat subhanallah.. dia antara pelajar paling cepat pikap dalam kelas. tak lama dari itu, kelebihan yang aku miliki semakin hilang.. aku bukan lagi pelajar yang pikap..mungkin Allah nak mendidik aku supaya aku menjadi orang yang berusaha dari awal,bukan lagi last-last minute. mendidik menjadi orang yang susah, di situlah bermulanya kegagalan demi kegagalan.. ilmu yang aku dapat dari pra hilang begitu saja. aku jadi semacam seorang bengap. bengap kimia bengap math.. aku kena study semula perkara asas dulu. aku langsung tak ingat. inilah menjadi persoalan, aku study pra dulu sebab apa? kerana periksa ke kerana Allah? benarkah aku ingin mencari ilmu atau hanya memenuhi kehendak semasa? lepas periksa,luput semuanya ingatan formula. walaupun aku dah jadi semakin rajin study dari pra dulu namun aku masih dalam kegagalan. sukar untuk aku lulus.. apakah sebabnya? aku riak? tak tahu.. aku ujub (kagum pada diri) ?? ye..boleh aku katakan ye..ada sekelumit perasaan ujub pada diri..sebab diri ada kelebihan.. sekarang semuanya dah takda..

Tiga perkara kebaikan dan keburukan;

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tiga perkara yang menyelamatkan , iaitu takut pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah, berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri.”


Riwayat Abu Syeikh


masa tu aku jahil.. aku tak tahu ujub itu apa. aku ingat ujub tu sama dengan riak. aku terlepas pandang perkara-perkara ni. aku bersyukur nikmat yang Allah beri, alhamdulillah. semuanya memberi pengajaran pada diri. walaupun sekarang aku dah jadi pelajar yang biasa-biasa je, malah pelajar yang paling bermasalah dalam akademik, semuanya ada hikmah.

aku tak pernah buat nota ringkas seumur hidup
dari sekolah dulu, lau baca buku sejarah aku garis je benda-benda penting.
buat nota ringkas tak pernah. alhamdulillah boleh je survive.
tapi sekarang aku melalui proses membuat nota ringkas. serius aku kekok!
seingat aku sem 2 diploma aku baru cuba belajar buat nota ringkas atas nasihat seorang akak
masa tu aku minta petua nak menghafal.
alhamdulillah membantu. tapi sikit je nota ringkas yang aku buat, tengok pada keperluan.
sepatutnya semua mesti dalam nota ringkas.. aku masih liat nak ubah cara study..nak ubah makan masa maa..

cukuplah aku bercerita panjang sampai sini.
sekarang dah sem 6 pun. harap semuanya dapat dibuat dalam nota ringkas.

sesiapa yang membaca tulisan taipku ini,doa-doakanlah diriku ini.
moga Allah mengizinkan aku menggapai diploma farmasi ni.
tidak aku nafikan, perit aku menelan ujian ini.
moga kali ini langkahku lebih tersusun dan berkesan.
untuk itu, aku lemah, aku amat amat lemah.
aku selalu memohon dariNYA diberikan kekuatan dan kemudahan jua ketenangan jiwa..

disebalik wajah selambaku ini.. wajah yang dibuat2.. supaya diri rasa kuat..nak cover dan macam2 lagi padahal disebaliknya terukir kegelisahan di dalamnya, menangis di dalamnya ..
ada tu dah menangis pun,saja buat tenyeh-tenyeh mata macam ngantuk padahal meleleh dah air mata. suatu tekanan, harapan diri dan keluarga tergalas di bahu bercampur masa kini dan masa akan datang. aku seakan mahu membuat kerja yang tak sepatutnya untuk menghilangkan tekanan aku ni, tetapi aku cepat-cepat bulatkan hati ingat Allah banyak-banyak. Allah sedang menguji. hanya mengingati Allah aku bisa tenteram kembali. aku amat lemah, hanya Allah sahaja yang boleh menguatkan aku,tiada yang lain. fitrah manusia macam roda, ada masa kita bangun,ada masa kita jatuh. nak bangun ni yang perlukan formula.. bukan senang.
aku hilang keyakinan diri dalam akademik. aku takut menghadapi kegagalan lagi. sampai aku jumpa ada orang buat prinsip hidup, "hidup mesti berani untuk gagal" .. ke mana perginya keyakinan,bagaimana membentuknya kembali. kebanyakkan semua yang berjaya pernah gagal, ada lebih berpuluh kali gagal,akhirnya berjaya.

aku dapat ayat ini ketika blog walking, ayat yang bermakna buat diri
"usahlah kau mengalah sebelum mencuba kerana di sebalik usaha itu terselit setitis keredhaan Allah dan usahlah meratapi kegagalan yang lalu kerana ia amat menyakitkan akan tetapi lakarkan corak untuk masa hadapanmu kerana ia amat beerti buat dirimu.."

http://iluvhasanah.blogspot.com


aku meredhai semuanya, tetapi macam aku seakan meratapi je.. istigfar..
diri boleh jadi tidak sedar kerana emosi lebih menguasai diri dari akal..

..........

tanggal 18 disember 2009, abang ngah aku selamat diijabkabulkan dengan isteri pilihan hati.
aku dengan abang long tengok je..meraikan hari kebahagiaan mereka. kami adik beradik tak ramai, 3 0rang je. jarak pula dekat-dekat, umur abang long 26, abang ngah 24 dan aku 22. beza dua-dua tahun. hubungan rapat. tahun 2010 aku bakal menginjak ke 23 tahun. nak ceritanya, kami adik beradik yang belum kahwin ni kempunan la jadinya. tengok abang ngah dah kawin, aku dengan abang long pun rasa nak kahwin jugak. seakan pelik pulak abang ngah dah berpasangan,.. aku kena pindah bilik pulak tu (bilik aku kena jadi bilik pengantin) , lagi la terasa.. abang long cakap "kau cari cepat-cepat, kau naik dulu (kawin dulu),aku support bajet kawin kau dulu, biar aku last kawin" ... ikutkan ibu nak je serentak aku dengan abang long sekali buat majlis kahwin,senang. bila fikirkan hal kawin,buat tekanan je.. letak tepi dulu,blaja pun lum habis. bila kaum kerabat gathering, aku dapat tahu anak sepupu aku (merangkap anak buah) semuanya dah ada makwe pakwe.. budak-budak zaman sekarang sekolah lagi dah bercouple-couple.. aku tak tahulah camna nak membetulkan keadaan..background family yang berbeza-beza. sepatutnya aku yang dijangkakan kawin dulu,alih-alih abang ngah pulak..dah temu jodoh,tak boleh buat apa. habis aku kena tanya soalan cepu mas dengan sedara mara, "kau bila lagi?" "dah ada lum?" "ele..takkan takda".. aku naik segan kena tanya camtu. ni la gara-gara abang ngah kawin awal.. aku rasa lum masa sesuai aku kena tanya soalan begini. kerja pun belun merasa lagi. belajar lum habis lagi. dah ibu risau pasal aku pulak.. ditambah lagi menerima kad jemputan kahwin kawan baik aku masa sekolah rendah dulu, kami sebaya. setakat ni dah 3 orang kawan aku yang dah kahwin, dah anak 1 pun. yang tunang tu dengar khabar sorang. sepupu sebelah ayah, ada 20 tahun dah kahwin (T_T)..

itu hanya information, perkembangan terkini dalam keluarga aku.

okeh disini ada information lagi, buat sahabat-sahabat yang rasa sukar nak merapatkan ukhwah dengan aku, tak aku nafikan aku ni pendiam,pasif,
bukan aku tak nak rapat, aku pun mengalami masalah sukar jugak, jauh di sudut hati, diri ini nak merapatkan hubungan jugak, tapi tak tahu camna.
satu petua, bila bersama denganku, langkah permulaan elakkan banyak cakap depan aku, aku tak tahu camna nak berinteraksi dengan orang yang aktif dan banyak cakap, maka aku akan diamkan diri dan mencelah di mana-mana yang dapat kucelah. (ini pun berusaha mencelah, dapat bayangkan lau dari awal korang jumpa hingga akhir aku tak cakap apa-apa??? mesti macam-macam prasangka berlaku,harapnya prasangka yang baikla.) sebab aku lebih senang berinteraksi dengan dengan orang pasif. aku akan jadi banyak cakap dengan orang pasif. jadilah hikpokrit buat sementara waktu sampai hubungan dah ngam, masa tu korang banyak cakap relex je aku masuk,aku pun jadi banyak cakap. masa tu,kita sama-sama jadi banyak cakap hehe. bila nampak aku diam je, tanya soalan apa-apa,buatkan aku bercakap ye. harap petua ni dapat membantu eratkan ukhwah kita ye.

Dalam mencapai sesuatu kejayaan,adakala kita akan penat,adakala kita akan lemah,adakala kita akan terjatuh,dan adakala kita akan tersungkur..tetapi semua itu akan terbalas dengan kejayaan yang akan kita kecapi tidak lama lagi..oleh itu,berusahalah untuk terus bersabar..kerana setiap yang manis itu tidak mudah untuk kita kecapi tetapi begitu nikmat untuk kita rasai..


alhamdulillah Allah beri kesempatan menjumpai lagu-lagu maher zain di dalam laptop sahabat siti mulaikah batul (unik n best kan nama dia? :) ),kami duk nyanyi sama2 hehe. best-best semua. sama best dengan sami yusuf. cuma beza rentak muzik yang berlainan, maher zain macam hip hop sikit, so boleh menjadi alternatif kepada mereka yang menggemari rentak muzik sebegini, aku la antara orangnya. satu rentak muzik je yang tak boleh masuk, heavy rock. rock biase ok,tapi heavy rock boleh jadi pening dengar. bestnye nasyid ni,bila secara tak sengaja menyanyi-nyanyi jadi pahala sebab ingat pada Allah. hati pun tenang.

lagu ni khas untuk diri dan kepada mereka yang menerima ujian yang sama..moga berjaya tempuhi.


Always Be There







Allahuakbar…

If you ask me about Allah
And what I know about it
I’ll answer will be .....

It’s everything about Allah
The pure love to our soul
Who have created you and me,
The heaven and whole universe
The One that made us hold and free
The Guardian of His True believers

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As He promises to you
He’ll always be there
To bless us with His love and His mercy coz
As He promises to you
He’ll always be there

He’s always watching us, guiding us
And He knows what’s in our little heart
So when you lose your way to Allah
You should turn
As He promises to you He’ll always be there ...

Could bring the sun from the darkness
Into the light
Subhanallah
Capable of everything
Should never feel afraid of anything
As long as we follow His guidance
All the way through a short time
We have in this life
Soon it’ll all be over
And we’ll be in His heaven
And we’ll all be fined

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As He promises to you
He’ll always be there
To bless us with His love and His mercy coz
As He promises to you
He’ll always be there
He’s always watching us, guiding us
And He knows what’s in our little Heart
So when you lose your way to Allah
You should turn
As He promises to you He’ll always be there

Allahuakbar


Always Be There
Album : thank you ALLAH
Munsyid : Maher Zain
http://liriknasyid.com
music from : Gratisan Musik

Ulasan

riihulwardah berkata…
salam kak dayah...
good luck...
sama-sama kita menempuh cabaran yg di hadapi...

klu nak study group leh ja ajak aizad...
no hal x da masaelah..
:0

Catatan popular daripada blog ini

Pertandingan Hafazan Al-Quran

Puisi yang menyentuh jiwa apatah lagi dilagukan..dan tips membuang pemikiran negatif