Ceritalah Tentang Seseorang/Sesuatu Yang Anda Kagumi/Minati Dan Terangkan Kenapa (Lampirkan Gambar Berkaitan)-Cerita idola sepanjang zaman-



Salam sidang pembaca yang disayangi Allah dan Rasul.

Alhamdulillah akhirnya aku dapat siapkan “the contest task” ini

Siapa teringin join sekaki masih sempat lagi sebelum tarikh tutup 12/3/2009, selagi belum 13/3/2009 anda masih lagi berpeluang ye.

Klik CONTEST ni dan sekiranya tak faham klik PENJELASAN.


Alhamdulillah, dengan join contest ni aku dapat meluahkan apa yang terbuku di hati, agak payah sebenarnya untuk aku meluahkan dan aku bukanlah penulis yang tegar. Terima kasih kepada saudara hami asraff sebagai penganjur dan asbab. Peluang ini aku cuba untuk manfaat kita semua.

ok are you ready? sedia sume.. :) .. bismillah..

Cerita idola sepanjang zaman

Apa itu idola?

apa sebenarnya maksud idola ni?

Sila ke link forum ini bagi menyelami definisi sebenar idola.
Ini penting agar kita tidak keliru dan memahami perkara sebena
r. -sila klik sini-

Siapakah idola anda?

Siapakah idola dalam masyarakat kita hari ini?
Anda mesti sudah dapat menjangkakannya bukan?



Majalah Milenia Muslim edisi Julai 2009, mengupas isu hiburan dan konsert jom heboh TV3 oleh majlis fatwa. Majlis fatwa mengeluarkan hukum haram pergi ke konsert tetapi tidak berdosa jika pergi membeli belah di karnival jom heboh. Pengunjung yang datang di malam hari lebih ramai dari siang kerana ada konsert. -nak tahu maklumat lanjut sila baca majalah ni- www.mileniamuslim.com.my


Aku adalah orang yang pernah meminati artis suatu ketika dulu.

Tapi setelah diberi kesedaran oleh seorang ustazah merangkap warden asrama, maka aku meninggalkan tabiat meminati artis kesayanganku, banyak jugala gambar yang aku potong dari majalah dan simpan. Alhamdulillah sekarang tiada lagi semua tu. aku hanya berdoa agar artis yang aku sayangi mendapat hidayahNYA dan menjadi muslimah sejati. Hanya doa sebagai tanda sayang aku pada dia. Tidak lagi fanatik menyimpan gambar, membeli majalah atau album, tidak lagi “busy body” nak tahu perkembangan dia. jika dia buat album ketuhanan insyaAllah aku beli.

Menceritakan sewaktu kesedaran mula timbul, masa tu aku di tingkatan 2 jika tak silap, di mana ustazah membuat “sport check” dalam almari baju dan buku pelajar asrama dan ingin merampas semua gambar-gambar artis atau poster artis dan majalah hibuaran. Memang ramai pelajar suka melekatkan gambar dalam locker dan banyak gambar dirampas beserta majalah-majalah hiburan. Berbagai artis dari seluruh dunia yang menjadi kegilaan ramai. walaupun kita hanya meminati bukan menyanjung tetapi ianya sama,maknanya boleh membawa kepada sanjungan. Tak boleh ke nak sanjung? jawapannya berpada-padalah, siapakah sepatutnya yang disanjung, adakah pada orang yang salah, maknanya masih terjaga dalam hidup bersyariat. Kebanyakkan hanyut menyanjungi lebih dari menyanjung Allah dan Rasul. Kerana apa yang disanjungi atau minati itu adalah perkara yang melalaikan dari mengingati Allah.


penyanyi asal dan video karoeke bagi lagu di atas-klik sini-

Tidak salah berhibur, tapi berhiburlah mengikut panduan Islam. Sebagai muslim,mengagungkan Allah itu lebih dari segala-galanya. Jika Allah perintahkan tak boleh bercampur lelaki dan perempuan dalam suatu tempat yang tidak terjaga pergaulannya, dari segi jarak yang dekat dan tiada pengasingan tempat antara lelaki dan perempuan. Lagu yang tidak boleh melalaikan. Maka majlis fatwa mengeluarkan pergi ke konsert adalah haram,sebab mempunyai ciri-ciri perkara yang dilarang Allah seperti yang telah dinyatakan di atas.

Maka ramai yang tidak megendahkan fatwa ini, maka berdosalah mereka yang pergi.

Berdasarkan majalah di atas, krew majalah Milenia Muslim “interview” mereka yang ada di tapak jom heboh TV3 mengenai fatwa itu, ada yang berkata, ”tiada salahnya pergi ke konsert”, inilah kurangnya ilmu di dalam dada masyarakat kita, pendapat mereka lebih betul dari mereka yang mendalami ilmu agama. Ibarat orang yang tidak belajar bidang elektrik tetapi memberi pandangan tentang bidang kejuruteraan elektrik. Sikap yang tidak mahu mendegar dan patuh pada perintah Allah inilah ramai yang membutakan diri, memekakkan telinga kepada kebanaran lalu tidak mengendahkan apa jua fatwa dan nasihat demi kebaikan dirinya kelak. Maka fenomena yang terjadi di negara Malaysia tercinta ini ialah “ramai ke konsert, sikit ke kelas agama (ceramah agama,kuliah,tazkirah,dakwah, dan apa-apa yang berkaitan agama kurang mendapat sambutan)” .

“konsert mesti pergi,tak pergi rugila.. kelas agama,tak pergi,tak rugi..” ,

“ dah tua nantilah..sekarang apa barang nak pergi kelas agama,darah muda lagi..” dan macam-macam lagi ayat dolak dalik.

Mati tak ikut usia muda ke tua. Bila sampai waktunya, ajal takkan lewat sesaat.

Selalulah bertanya kepada diri,

"dari mana kita datang?

kenapa kita dihidupkan?

dan ke mana kita selepas mati nanti?”.


Dari situlah kita akan jumpa matlamat hidup diri. Ke mana arah tuju kedua tapak kaki ini melangkah. Matlamat yang lahir dari akidah yang jelas pastinya matlamat yang bukanlah berpaksikan kepada keseronokkan dunia, bukanlah mengetepikan perintah Allah demi memenuhi kehendak dunia, bukanlah memenuhi kehendak manusia, bukanlah memenuhi tuntutan nafsu dan bukanlah memenuhi kehendak macam-macam lagi tipu daya dunia tetapi lebih mengutamakan Allah dari yang lain.

Bila diselami dengan hati yang bersih, anda akan menjumpai siapakah yang sesuai menjadi idola/orang yang boleh menjadi ikutan dalam mencapai matlamat hidup, mencapai mardhotillah iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata , idola itu tidak lain dan tidak bukan ialah junjungan mulia kita nabi Muhammad S.A.W. Baginda menjadi “role model” kapada kita dalam memperlihatkan keindahan Islam yang sebenar melalui kebijaksanaan dan berkeperibadian mulia yang dibentuk oleh Allah sebagai penyampai risalah Islam.

Sem ni aku mendapat amanat menjadi AJK (exco makanan dan hadiah) dalam menjayakan program Maulidur Rasul di kolej mutiara iaitu “Hari Senandung KekasihNYA” pada 29 Febuari 2010. Banyak perkara yang aku belajar dalam membuat gerak kerja program besar seperti ini. Makanan VIP mesti dijaga protokolnya. Gelabahnya pertama kali menguruskan hal seperti ini.

Tentatif program

Pagi-perarakan, tazkirah

Petang-explorace “tinjau sirah”

Malam-ceramah, penyampaian hadiah, cabutan bertuah

kain rentang perarakan yang dibuat oleh pelajar

selepas perarakan, AJK yang bertugas memberi tazkirah


sesi pengendalian markah, para VIP menjadi juri kain rentang


seusai solat magrib berjemaah di khemah, slot ceramah Maulidur Rasul bermula, di sampaikan oleh ustaz jemputan dari Politeknik Seberang Prai.

slot cabutan bertuah, aku nya nombor yang terakhir dipanggil menandakan akulah yang mendapat hadiah terbesar, alhamdulillah rezeki bertungkus lumus aku mengendalikan program, cuba mengiklaskan hati melakukan apa yang termampu dengan sebaiknya. Dah lama tak terpilih menjadi orang bertuah ni..aku dapat “glass ware” :)

Alhamdulillah, terasa bahagia dapat menjayakan program dakwah ini, hilang semua penat lelah ketika menguruskan program.

Minggu lepas ada jualan buku di Laman Perdana, kampus. Dapat “10% sale!!” bagi sebuah pembelian buku. Aku pun membelek-belek buku apa yang “best” setelah lama mambatukan diri dari membeli buku (kenapa begitu? Nak tahu-klik sini-). Setelah membelek hampir 15 minit, akhirnya jiwa tertarik dengan buku ni

buku ni diolah seperti novel yang menjadikannya menarik, gaya bahasa yang mudah difaham sesuai untuk di baca oleh non-muslim, mengandungi 475 muka surat, nak tahu lebih lanjut dan komen-komen dari orang kuat setelah membaca buku ni-klik sini-

Bila telah menguruskan 1 program dakwah, biasanya iman akan naik samala dalam saling ingat mengingati teman-teman, adik-adik, akak, dan siapa pun. terasa diri kerdil dalam mengenali baginda..bagaimana diri ingin mencintai dan mencontohi baginda jika diri tidak mengenali baginda sepenuhnya. aku bermuhasabah pada diri," AJK apa aku ni?, buat program Maulidur Rasul Tanya sirah baginda pada pesrta explorace, diri sendiri pun tak berapa pasti jawapannya" sebab dah ada jawapan dalam kertas soalan yang diberi pada fesi setiap check point, ternyata diri sendiri kurang mengenali baginda. dah lama diri ni tak “refresh sirah” selepas tamatnya zaman persekolahan. Lantas, buku lain tidak lagi dipandang, buku ni la yang terbaik untuk dibaca. Akad beli terlaksana.


Ya Rasulullah..selawat dan salam ke atasmu

Ya Rasulullah..engkaulah idola orang-orang mukmin sepanjang zaman

Hasil perjuangan kentalmu aku dapat menikmati hidup indah bersyariat sebagai seorang muslim.

Tetapi keadaan sekeliling amat mebimbangkan, hidup indah bersyariat tidak lagi dirasai akibat dirimu tidak lagi dijadikan contah tauladan..manusia semakin jauh dari landasan yang benar..jika iman senipis kulit bawang pasti diri hanyut ditelan akhir zaman.. telah aku melihat satu persatu rakan sekolahku yang dulu bertudung tetapi kini tidak lagi..fesyen pakaiannya telah berubah..satu persatu hanyut dengan dunia..sesungguhnya aku tidak sanggup lagi melihat selepas ini siapa lagi yang akan melunturkan imej muslimahnya..yang hanyut

jiwanya dengan lelaki yang tidak halal baginya lalu membentuk perkahwinan yang terbina atas permulaan maksiat..institusi kekeluargaan yang tak dijaga dengan baik dalam mengundang keberkatanNYA akibat permulaannya yang tidak baik.. masyarakat ada yang terlanjur berzina dan terlanjur juga menjadi pembunuh bayi-bayi comel yang semakin meningkat saban tahun..

binasanya ummat kerana meninggalkan amanatmu ya Rasulullah.

buat teman-temanku yang disayangi, doaku moga kalian mendapat hidayahNYA dan bertaubat. Tidak aku nafikan, jika aku tak sibukkan diri aku dengan perkara-perkara agama dan dakwah maka aku akan disibukkan dengan kelalaian nafsu dunia. Sama-samalah kita renung-renungkan.

Moga diriku terus istiqamah dan tabah menghadapi propaganda musuh sepertimana dirimu Ya Rasulullah dalam menyambung perjuanganmu untuk generasi anak-anakku, cucu cicitku, dan seluruh generasi ummat yang hidup selepasku.

Dan aku bukanlah pengakhir kepada perjuangan yang telah dirimu mulakan

Sesungguhnya perjuangan ini tiada akhirnya…

perjuangan ini akan tetap terus-menerus disambung oleh insan-insan yang terpilih olehNYA dalam bersama-sama memperjuangkan kalimah Lailahaillah di atas muka bumi ini.

manusia berbeda dalam selami kepercayaan, mereka meninggikan apa yang mereka percaya, namun satu yang pasti untuk setiap insan, bahwa muara dari kehidupan adalah kematian yang akan tentukan di mana kita berlabuh setelah sejenak singgah di dermaga dunia fana...entah hitam atau putih yang akan tampak tapi semua bergantung pada perbuatan masing masing yang raga...

p/s- saya bukanlah penulis yang tegar, sila tegur jika ada ayat yang membawa erti yang salah dalampenulisan di atas. sebarang komen/teguran/perkongsian amat di alu-alukan. terima kasih. penambahan maklumat boleh -klik sini-

-sini ada lagi 1 buku yang saya ingin perkenalkan, buku yang mantap juga, alhamdulillah dah habis baca, iman bertambah selepas membaca buku ni, dapat memperkuatkan bentang diri dalam menolak cinta sebelum kahwin. sesuai di baca oleh semua lapisan masyarakat baik perempuan mahupun lelaki,yang bujang atau yang dah berkahwin, sesuai dalam semua peringkat sebagai panduan membina rumah tangga dan menjaga keharmonian rumah tangga mengikut syariat Islam. buku di bawah ni kecil je mengandungi 38 muka surat, harga RM12. Sabah/sarawak RM14. dapatkan sekarang. best dan tak rugi beli. betapa bahagianya orang yang menjaga pergaulan.

Sinopsis: Novel ringkas ini mengisahkan perjalanan hidup seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan Rasulullah s.a.w. untuk hanya menerima pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui pemilik cintanya, setelah Allah dan Rasul.

penulisnya fatimah syarha, anda boleh bertemu dia di friendster -klik sini-

dan forum perbincangan fan group dia-klik sini-

(group ni hanya terbuka pada pengguna friendster sahaja.harap maklum)

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Terima kasih, promosi buku untuk santapan minda, penjana fikrah...

Catatan popular daripada blog ini

Pertandingan Hafazan Al-Quran

Puisi yang menyentuh jiwa apatah lagi dilagukan..dan tips membuang pemikiran negatif