Islam itu indah..

hari ni dengar ceramah kat pusat Islam di kampus tentang Islam VS Kristian iaitu mengenai perbezaan agama dari tuan haji kamarudin abdullah,seorang kristian yang telah memilih Islam sebagai jalan hidupnya ketika dia di usia remaja. amat bermakna menghadiri ceramahnya. sebagai pembuka jalan untuk kita berdakwah kepada non-muslim, serba sedikit kita mesti tahu mengenai agama kristian,dan hujah-hujah untuk menolak agama kristian..tanda kasih sayang orang muslim dalam mengajak kepada kebenaran kepada non-muslim..

kupasan lebih fokus kepada agama kristian, agama yang lain pun kena tahu juga..seperti buddha,hindu. sapa nak kupas? hadiri ceramah orang cina masuk islam kot.. tapi sebenarnya boleh sangkal dangan logik akal. agama mesti selari dengan logik akal. seperti berhala, boleh dijual beli di supermarket,berhala lama dah rosak,jadi beli baru. dan agama kristian yang mengamalkan konsep Tuhan triniti iaitu 3 Tuhan dalam 1 Tuhan. cuba kita hitung 1+1+1 =3 kan? bagaimana boleh jadi 1? itukah ciri-ciri yang ada pada Tuhan?

insyaAllah dengan mengkaji agama-agama yang ada di dunia ni,kita dapat meningkatkan keimanan kita kerana dari situ kita dapat melihat kebenaran dan bersyukur. terbukti tiada kesalahan dalam al-Quran bila pengkaji non-muslim yang terdiri dari saintis dan masyarakat umum cuba mencari kesalahan dalam al-Quran tetapi tidak jumpa lalu ada di antara pengkaji-pengkaji yang masuk Islam.

ramai juga yang masuk Islam bila dihadiahkan tafsir al-Quran dan buku-buku yang menceritakan perihal Islam
oleh kawan-kawan mereka yang beragama Islam. ini langkah paling mudah sebenarnya jika kita tak pandai berbicara secara terus dengan non-muslim. mulakanlah dengan berkawan secara baik dengan mereka. ambil berat tentang diri meraka. show them Islam is love, not terrorist seperti yang dipropagandakan oleh musuh Islam.

"Tidaklah sempurna iman seseorang bila ia tidak mengasihi sesama manusia, nescaya di akhirat kelak Allah tidak mengasihinya. -Hadis sahih"

tidak kiralah agama apapun dia, bangsa apapun dia, setiap makhluk ciptaanNYA mesti kita sayangi. anda suka sepak atau pukul binatang? pergilah minta maaf dengan binatang berkenaan, usap-usap dia..belanja dia makan.. amacam?

bila kita tolong agama Allah,nescaya Allah tolong kita.
jika bukan kita, akan ada orang lain yang Allah pilih untuk menegakkan agama Allah.
jadilah kita orang yang rugi.
kita yang perlukan Allah dan nikmat Islam, kerana jika Islam "tidak dihidupkan" di dunia ini maka huru haralah dunia. huru haralah kita dan pasti bala akan datang. setiap muslim itu adalah khalifah di muka bumi ini,iaitu pemakmur bumi. tanggungjawab yang berat dan mesti digalas. jika di analisis, adakah masa untuk kita berpangku tangan? berseronok-seronok yang melampau dengan keadaan keadaan ummat Islam yang semakin membimbangkan selepas kejatuhan sistem kerajaan Islam di Turki oleh kamal artartuk? saya tak nak jawab. anda fikir sendiri.

terima kasih tuan haji kerana sudi datang mengongsikan ilmu dan pengalamannya. moga dalam rahmatnya selalu. tuan haji amat menggalakkan sebarang pertanyaan di emel dan facebook nya.

laman facebook tuan haji (klik sini)

website tuan haji http://www.ipsi.com.my/

-pembetulan fakta : kita pernah membaca di dada majalah atau akhbar yang air holy water boleh buat orang kelu lidah mengucap kalimah syahadah tetapi sebenarnya air holy water tak mengelukan lidah untuk bersyahadah, air tu di buat dari air mawar. tuan haji cerita, dia dah "bergelen-gelen" minum dan mandi air holy water dari usia kecil, alhamdulillah boleh je masuk Islam,tiada masalah.
Kita merancang, Allah jua merancang tetapi perancangan Allah itulah yang terbaik.
p/s-moga kita dapat mengaplikasikan segala harapan-harapan yang ada di dalam hati mengikut kemampuan kita dan moga Allah permudahkan kita ke arah itu..amin..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pertandingan Hafazan Al-Quran