kenali diri-2
kenali kecenderungan otak kita supaya dapat optimumkan penggunaannya,insyaAllah.
Penerangan Skor Taksiran Kecenderungan Hemisferik:
Otak Kiri-Otak Kanan
markah skor saya; 65% , semakan dibuat saya dikatakan otak kanan, info-saya seorang kidal.
uji diri di [sini]
Ujian yang anda ambil tadi menentukan sama anda mempunyai kecenderungan hemisferik kiri (HOKI) atau kanan (HOKA). Semakin tinggi peratus anda, semakin tinggi kecenderungan HOKA dan semakin rendah kecenderungan HOKI. Anggapkan diri anda berkecenderungan HOKA sekiranya skor anda melebihi 50%. Sekiranya skor anda kurang daripada 50% kemungkinan besar anda berkecenderungan HOKI. Satu lagi kemungkinan ialah anda mempunyai skor kira-kira 50%. Jika begitu, kecenderungan anda antara HOKA dan HOKI adalah seimbang.
Antara pengasas teori HOKA dan HOKI ialah Roger Sperry yang dianugerahkan hadiah Nobel tentang penyelidikannya dalam kajian pemisahan otak dalam 1981. Ned Herrmann melanjutkan teori Sperry lalu membahagikan otak kepada empat bahagian. Herrmann memperkenalkan satu instrumen untuk menentukan kecenderungan otak seseorang. Anda boleh memperolehi Herrmann Brain Dominance Instrument di laman webnya.
Bandingkan ciri-ciri kecenderungan HOKA dan HOKI mengikut jadual berikut:
Cara-cara Selari Untuk Mengetahui (J.E. Bogen) |
Ciri-ciri Kecenderungan HOKI | Ciri-ciri Kecenderungan HOKA |
intelek | intuisi |
konvergen | divergen |
digital | analogik |
sekunder | primer |
abstrack | konkrit |
terarah | bebas |
berproposisi | imaginatif |
analitik | perkaitan, holistik |
lineal | tak lineal |
rasional | intuitif |
bersiri | berganda |
objektif | subjektif |
berturut-turut | serentak |
dominan | submisif |
Mode-Kiri atau Mode-Kanan |
Mode-Kiri | Mode-Kanan |
Right-handed | left-handed |
HOKI | HOKA |
Segi empat (foursquare) | Berlengkung |
Tegak | Lentur |
Waras | Kekelakaran |
Terus | Kompleks |
Hard-edged | Dagonal |
Lazim | Khayali |
Ulasan