aku bukan sepertinya

salam..selamat malam..
dalam minggu ni aku berjalan-jalan..
berjalan keluar rumah tu jarangla..blog walking banyak!
aku lepak kat mana? kat blog-blog yang famous..beribu followersnya..
saja tengok-tengok dan berkenalan..

dapat la juga tips untuk menarik perhatian orang untuk suka sesebuah blog tu.
blog mereka jenis yang kreatif la, funny banyak, dan tak la serius memanjang..
dalam serius-serius pun masih ada lawaknya. dan menvariasikan jenis posting. kreatif la tu.
ada yang lawak, ada yang buat kuiz,buat contest..semalam info kesihatan hari ini kisah dia dan pengajaran dan letak gambar yang mencuit hati.
tapi bab gambar ni..pada pandangan saya,biarlah gambar itu gambar yang molek.
dalam al-Quran Allah perintahkan kita untuk menundukkan pandangan, supaya hati kita terpelihara.

sudahla kreatif, suka update pulak, mana tak ramai orang suka.
cerita bab selalu update ni, aku ingat aku boleh la nak update blog hari-hari kat blog kisah hidupku hidupmu ni..tetapi rupanya aku bukanlah orang yang suka bercerita..kuang kuang kuang..blogger yang famous ni kulihat suka bercerita..ada ja cerita dia..
aku? perahsia kot huhu.cover line..sebenarnya tak kreatif cakap je la.. hehe.
boleh bercerita tapi buat update entry pendek je la.. plus minus tiada istilah benar-benar ingin bercerita.jadi tidak bolehla update selalu. update bila ada mood nak meng-update. sila jangan ikut ye ini pe'el(perangai) jengkel yang hanya bergantung pada mood, tak maju diri nanti.
tapi kalau setakat update blog boleh la kot nak ikut-ikut mood ni kan??

end.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pertandingan Hafazan Al-Quran

Puisi yang menyentuh jiwa apatah lagi dilagukan..dan tips membuang pemikiran negatif