expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Jumaat, Mac 19, 2010

kenali diri bahagian keberapa tah

cuba gi library atau kedai buku, cari buku yg boleh kenal personaliti diri kita.
haritu aku gi kedai buku popular kat jusco perda. aku belek buku personaliti melalui warna.
aku try main ujian dia, dan catatkan markah2 dalam handphone. markah tertinggi adalah warna tut... so personaliti aku adalah warna tut.. subhanallah hampir 95% tepat tentang diriku. dia kupas dari banyak aspek,,kita ni seorang yang bagaimana,sosial,kewangan,pasangan,emosi,kerjaya dan apa lagi tak ingat. aku touching di situ juga. sambil menghafal langkah2 yg perlu aku atasi untuk aku pandai menggunakan apa yang ada dan mengatasi kelemahan yang ada.
jenuh aku duk diri, kat popular tu takda tempat duduk. yela orang tak nak beli buku kan.

aku penah try guna tenet, ada yang ok ada tak. tapi buku lebih asli sumbernya.
lau search kat tenet "personaliti" macam2 keluar tentang ujian personaliti. sebe sdikit leh membantu gak.

kelebihan mengkaji diri ni, kita leh tahu kelebihan dan kekurangan diri.
kita leh guna semaksimum mungkin kelebihan kita dan memperbaiki kelemahan demi merealisasikan harapan dan impian.
dan kita juga boleh mengimbangi emosi kita supaya dalam terkawal.

aku try gunakan kelebihan ana baru-baru ini. alhamdulillah hasilnya mumtaz!
mungkin sebelum ni kita teragak-agak menggunakan kelebihan diri. atau kita kurang keyakinan.
insyaAllah kita dapat keyakinan bila kita tahu potensi diri kita, merancang, mencuba mengaplikasikan dan meletakkan matlamat.

sekali dah cuba, lau berjaya, pasti akan bertambah keyakinan tuk praktikkan lagi.
lau tak berjaya takpa cuba lagi, ada la yang terkurang tu.

selain tu, bila dah tahu kelemahan, boleh baca buku-buku yg berkaitan untuk tahu kaedah2 atasi kelemahan. tak semestinya buku motivasi. macam2 jenis buku tuk membaiki dan mengcungkil bakat/potesi diri. dan banyak buku la yang bermanfaat tuk kita jadi hamba Allah yang cemerlang.

aku malas nak hurai panjang2x.. maaf ye. nak offline cepat ni.

akhir qalam aku ingin kongsi kata2 yg difowardkan di YM leh kenalan aku

Tanpa kesedihan kita tidak akan mengerti erti kebahagiaan. Justeru itu, kesedihan akan membuat kita bangkit untuk meraih kebahagiaan. Apabila kita dilanda kesedihan, berhentilah dari melayani perasaan dan fikiran jika kita ingin terlepas dari belenggu penderitaan hidup. Bersikap lemah dan bersedih hati apabila mendapat dugaan dari Allah bukanlah ciri orang-orang yang diangkat darjatnya oleh Allah. Sibukkanlah diri dalam ibadah, mudah-mudahan ianya akan menjadi ubat yang mujarab bagi seseorang yang ingin bangkit dari kesedihan yang berpanjangan. Terlalu lama tenggelam dalam kesedihan akan menambah penderitaan dan memberi peluang kepada syaitan untuk datang dengan bisikan-bisikan mendayu...

Tiada ulasan: