KATA HIKMAH-ILMU AMAL PELUANG BERJUANG…



salam,
pekabar sume?? (cam de orang baca je huhu)
lama tak coret something kat blog ni.
perkembangan diri saya skang ialah..
minggu final exam kian hampir!sama2 lah kita doakan moga yg terbaik dapat dilakukan.

paper final saya pada

21/4/2010
23/4/2010
2/5/2010
5/5/2010
dan last 9/5/2010!

doakan kejayaan bersama!

okeh nak kongsi kata-kata hikmah yang sempat kucari buat diriku dan semua bakal-bakal calon exam dan yang ingin berjaya dunia dan akhirat..



kata hikmah-ILMU AMAL PELUANG BERJUANG…


Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Perkataan hikmah itu adalah idaman orang yang beriman. Maka dimana sahaja ia menemukannya maka pasti ia akan mengambilnya".[H.R Tirmidzi]

Daripada Abu Sa'id Al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: "orang yang berilmu itu tidak akan puas dari mencari ilmu yang didengarinya, sehingga adalah kesudahannya itu di dalam syurga" [H.R Tirmidzi]

Dan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Orang yang alim, ilmu dan amal itu di dalam syurga. Dan apabila orang yang alim tidak mengamalkan ilmunya, maka ilmu dan amal itu tetap didalam syurga, sedangkan si alim itu akan dimasukkan ke dalam api neraka". [H.R Ad-Dailami]

Barangsiapa yang bertambah ilmunya namun tiada bertambah amalnya, tiada bertambah baginya dengan Allah kecuali bertambah j a u h . . .

Kita pernah gagal banyak kali, sehinggakan kita tak ingat, kita jatuh pertama kali kita cuba berjalan, kita hampir lemas pertama kali kita cuba untuk berenang, jangan bimbang tentang kegagalan, bimbanglah tentang PELUANG YANG KITA TAK GUNAKAN BILA KITA GAGAL UNTUK MENCUBA..

Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai PELUANG untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya. Jadilah anda seorang yang berfikiran cemerlang!

Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga, tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pertandingan Hafazan Al-Quran

Puisi yang menyentuh jiwa apatah lagi dilagukan..dan tips membuang pemikiran negatif